BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 30, 2012

Keindahan PULAU TIOMAN


Sebuah daripada 10 pulau tercantik di dunia ini adalah anugerah alam untuk manusia menghargai keindahan semula jadi.





    TERSENARAI antara 10 pulau paling cantik di dunia, keindahan pasir pantainya yang memutih dan kebiruan lautnya menggamit pelancong berkunjung ke Pulau Tioman. 

                   
Terletak 55.6 kilometer (km) nautika dari Pahang, PulauTioman bukan saja menjanjikan keindahan lautan yang terbentang luas tetapi juga terumbu karang yang masih terpelihara serta destinasi penyu bertelur. 

Selain itu, daya tarikan pulau itu adalah hutan tropika seluas 12,000 hektar yang dihuni 45 spesies mamalia dan 138 spesies burung terlindung. 

Puas bermandi-manda di lautan yang membiru, pengunjung boleh merasai kesejukan air terjun yang terkenal di pulau ini iaitu air terjun Mukut dan air terjun Asah. 

Keindahan semula jadinya menjadikan ia tempat percutian yang sesuai untuk semua peringkat termasuk pengantin baru yang ingin berbulan madu atau mereka yang gemar aktiviti lasak. 

Untuk penginapan, terdapat beberapa resort di sini seperti di Kampung Tekek dan Kampung Juara manakala di bahagian timur pulau pula terdapat di Kampung Salang dan Ayer Batang 

Resort terkenal, Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa (BTBGS) di Kampung Tekek adalah resort terbesar di Tioman. 

Resort yang memuatkan 350 calet pelbagai saiz itu menyediakan aktiviti secara kumpulan seperti bina semangat di The Challenger Park, kegiatan meredah hutan dan aktiviti sukan air seperti bersnorkel di Pulau Rengis. 

Penginapan lain termasuk Salang Sayang Resort di Kampung Salang, Island Reef Resort dan Sun Beach Resort di Kampung Tekek. 

Bagi mereka yang gemarkan kelainan, menginap di resort sekitar Kampung Salang pastinya memberikan pengalaman baru kerana penggunaan air adalah berasaskan air yang disedut dari dalam tanah. 

Dalam pada itu, suasana persisiran pantai yang tenang dan mendamaikan pastinya menjadi keinginan setiap orang yang datang ke sini. Justeru, usaha memantapkan lagi keindahan pulau ini agar tidak tercemar terus menerus dilakukan. 

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) bertanggungjawab memantau bagi memastikan Pusat Taman Laut yang diwujudkan sejak 1994 itu selamat daripada pencerobohan. 

Bagi memantapkan usaha penguatkuasaan, satu kapal baru yang diberi nama kapal 1 Permata dilancarkan bagi memulihara terumbu karang dan hasil laut. 

Pengalaman menaiki kapal 1 Permata dan merasai sendiri aktiviti operasi penguatkuasaan di perairan pada waktu malam benar-benar mengujakan dan menguji kesabaran. 

Apatah lagi keadaan yang gelap pada waktu malam membuatkan penulis hampir terlena dengan tiupan angin laut yang bagi sesetengah orang boleh menyebabkan mabuk laut. 

Melihat tugas mereka, tidak semudah yang disangka dengan keadaan yang gelap, ia lebih memeritkan lagi apabila hujan lebat serta diganggu dengan pelbagai perkara aneh sudah menjadi kebiasaan dalam rutin harian. 

Hampir dua jam di laut, dua kapal ditahan dan diperiksa untuk memastikan mereka bukan penceroboh dan nyata masing-masing adalah nelayan tempatan.










                             

Saturday, November 24, 2012

Sony Cyber- Shot DSC- T77 





     
Improvements in the technologies are growing very fast. To sustain in the market all companies are introducing different type of devices for the consumer. In such a way, Sony is going to introduce its new updated T-series of Cybershot digital cameras with the DSC-T700 and DSC-T77 models. Both of these models have 10.1 Megapixel cameras CCD with a 4x optical zoom.


The T77 is an update of the T70 and absolutely this is the worlds thinnest Touch Screen Point-and-shoot Camera at just 0.55” deep. The size of the touch screen is 3”, Internal memory is 15MB we can shoot up to ISO3200. These both models will be sold in the market at the end of September. The price of the T77 is $300 and the price of the T700 is $400.







My fav camera ;)

Monday, November 19, 2012

BATIK warisan Budaya Malaysia

Sejarah Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Motif Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung.
Antara cth jenis2 kain BATIK Sarong